nuffnang

Thursday, November 29, 2012

Aksi Si Kembar Ammar & Aniq di Putrajaya






















 



Open Haus @ Bukit Changgang with BFF









Berhati-hati...Simptom2 penyakit kaki, kuku dan mulut...

Hari isnin yang lepas aku telah dikejutkan dengan berita yang tak disangka2 dari en.suamiku. Terkesima aku sekejap bila terdenga berita tu.. Kementerian Kesihatan Kuala Langat menelepon en.suami mengatakan yang adik Ammar Azizan telah terkene virus kaki, tangan dan mulut.. Terkejut aku denga berita tu.. Terasa nak menitik air mata seorang ibu bile terdenga anaknya sakit.. Hati aku terasa tak karuan bile terdenga anak sakit. Alhamdulillah en.suami telah menerangkan kat aku yang penyankit ni tak de la serius sgt macam penyakit lain.. Penyakit ni cume virus je mungkin disebabkan oleh banjir yang melanda kampungku selama 2 minggu.. Baru la hati aku terase sejuk skit bile denga camtu. Bagus jugak "Klinik Fuziah" nie dia bertanggungjawap terhadap pesakit2 dia dan melaporkan kat KKKL. Jadi ammar terpaksa dikuarantin selama beberapa hari. Kat sini aku nak berkongsi simptom2 penyakit nie. Mula2 tu ammar demam panas pastu diikuti tapak kaki tangan melepoh dan berair kalau aku tgk macam demam cacar pon ade gak.. tp yg pelik nye semuanye tumbuh kat bahagian tapak kaki dan tapak tangan aje.. lepas tu mulut akan penuh dengan ulser...nak minum susu n makan pon susah. Cian aku tgk ammar dia macam dah tak bermaya aje.. mungkin  penyakit tu membuatkan badan terase berbisa2 sebab kadang2 aku terdenga ammar kata "sakit bu.." terus kene pujuk dia.. Dulu aku penah terdenga penyakit ni dari sepupu aku kebetulan mase tu aku terjumpe dia kat Hospital Putrajaya dia kata anak dia "Ejon" di syaki dapat penyakit kuku tangan dan mulut. Aku pon terkejut gak denga berita tu..Tapi mase tu aku tak terpikir pon akan berlaku kat aku.. Semua tu kan kerja Tuhan.. Syukur..Alhamdulillah skrg ammar dah okey dia kene cume 5ari je.. Dokte Fuziah tu ade pesan penyakit tu tak merbahaya cume kene pastikan dia makan ubat dan sapu ubat selalu baru la cepat sembuh.. Kalau anak2 korang terkene simptom2 tu terus je gi klinik ye.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...