nuffnang

Wednesday, April 20, 2011

Tanda-Tanda Orang Yang Murah Hati

” Tanda Orang Yang Murah Hati “


Sabda Rasullullah yang bermaksud:

Bagi orang yang hatinya murah ada tiga alamat iaitu:

1. memberi kemaafan kepada orang yang bersalah terhadapnya

2. mengeluarkan zakat

3. suka bersedekah

Kesimpulannya:

1. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah orang yang mengamalkan sunnah Nabi saw. Seperti catatan pada post yang telah lalu dalam tajuk “Pemaafnya Nabi”.

Ustazah pernah mendengar sesi motivasi di TV oleh Dr Fadillah Kamsah bahawa orang yang suka memaafkan orang adalah manusia yang positif. Manusia yang positif beroleh banyak manfaat dalam kehidupan sehariannya. Orang yang negatif akan mudah mendapat sakit 20% lebih cepat dari orang yang positif.

2. Dalam islam mengeluarkan zakat rukun islam yang keempat. Hukumnya wajib. Jadi…zakat pula perlulah dikeluarkan mengikut syarat2 tertentu. Ramainya…lagi orang yang masih tidak mahu mengeluarkan zakat. Kerana dibimbangi akan berkurangan hartanya. Tetapi hakikatnya tidak. Allah akan membersihkan harta kita serta menyuburkannya. Ianya juga menyebabkan harta semakin bertambah.

3. Suka bersedekah , sering membantu golongan susah dan miskin yang sangat memerlukan bantuan memang seorang yang murah hati!. Sedekah jariah yang kita lakukan semasa hayat kita di dunia ini tidak akan terputus , malahan ia membantu kita untuk memberati timbangan hisab nanti.

Marilah muhasabah diri kita bersama-sama. Sekiranya kita ada melakukan ketiga2 tanda di atas Alhamdulillah maka kita adalah orang yang murah hatinya..

Jika belum lakukanlah sekarang jangan berlengah lagi.

Wallahhu’alam

-ustazah azimah-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...