KENALI PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT |
Written by Yu Kin Len |
Sunday, 20 May 2012 08:01 |
Baru-baru
ini, kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Sarawak telah dilaporkan
meningkat sebanyak empat kali ganda iaitu daripada jumlah 213 kes kepada
jumlah 806 kes berbanding dengan tahun lepas. Penyakit tersebut adalah
disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus), sejenis virus yang
biasanya terdapat dalam usus. Antaranya virus enterovirus 71 (EV71)
adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke
atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 31 orang
kanak-kanak di Sarawak pada tahun 1997. Penyakit ini biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, di mana kanak-kanak tersebut masih mempunyai sistem immuniti yang rendah, namum ia tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Risiko kanak-kanak untuk menjangkiti penyakit tersebut akan meningkat jika dia berada di pusat jagaan kanak-kanak atau tadika di mana tempat tersebut biasanya sesak dan mempunyai kanak-kanak yang banyak. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pusat jagaan kanak-kanak atau tadika yang mempunyai dua atau lebih kes penyakit tangan, kaki dan mulut untuk ditutup. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung penyakit. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang. Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namum begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan. Tanda dan gejala penyakit:
Perawatan untuk penyakit tangan, kaki dan mulut biasanya ialah menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. Buat sementara ini, masih tiada vaksinasi untuk penyakit ini. Rujukan: Info Sihat dan Utusan Malaysia |